Sulit
5 tahun
Perut rasa penuh dan sesak
Sy wnita 23 , sy dh lama meghidapi asik perut kembung dn sesak bila sy mkn sebb perut sy rasa penuh sgt , kdg bila sy bnyk bckp sy rse lelah nk beckap.perut sy rse xselesa sgt.bdn lmh.pning kpla xthu pykit ape
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Ulser perut
- Serangan gastrik
- Keracunan makanan
- Jangkitan paru-paru
- Radang tulang rusuk atau selaput dada (costochondritis)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila jumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Hilang selera makan
- Berat badan turun secara mendadak
- Perubahan terhadap kekerapan membuang najis
- Cirit birit
- Sembelit
- Gejala yang dihadapi mengganggu aktiviti harian dan tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.































