
Sulit
4 tahun
Perut sakit bahagian kiri
Saya lelaki berumur 20 tahun, dalam dua atau tiga hari saya merasakan perut saya bahagian kiri agak sakit tetapi ia datang dan pergi, loya tetapi tidak muntah, pada malam biasanya badan saya sediit hangat seperti demam, adakah ini apendiks ??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kawasan yang anda terangkan lebih merujuk kepada bahagian sakit perut bahagian kiri
Terdapat beberapa punca yang boleh sakit di bahagian kiri. Antaranya ialah:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
- Masalah ginekologi
Untuk makluman anda, tidak mungkin ada masalah pada apendiks anda kerana apendiks terletak di bahagian kanan.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.