
kenjifishbee
5 tahun
Perut Sakit dah 1 minggu +
Selamat Petang Doctor .
Saya Kenny sini , umur 35 .
Nak tanya doktor keadaaan yang i facing , perut sakit dah 1 minggu + …ubat pun dah makan , tapi tak berjalan rasa sama .
Perut rasa angin banyak , keras & gastric …itu symtom covid 19 ? Bimbang , tak da fever , sore throat , breath normal .
Thanks Doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat banyak jenis sakit perut berdasarkan penyebabnya. Sakit perut dibahagikan kepada dua iaitu akut dan kronik. Penyebab sakit perut dibahagikan kepada penyebab akut dan penyebab kronik. Penyebab akut sakit perut adalah :
- Sembelit
- Apendiks
- Keracunan makanan
Penyebab sakit perut kronik seperti :
- Ulser peptik
- Gastritis (keradangan lapisan perut)
- Penyakit seliak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.