
sufipengaman
2 tahun
Perut sakit & keluar darah
Saya baru shj menjalani pembedahan ektopik pd 21/7/19.,menjadi keraguan sy adalah masih ada lg darah keluar,tekak rasa loya, pening kepala & kdng2 perut rasa sakit mencucuk.,adakah itu normal atau sy perlu jumpa doc semula

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan pembedahan major - kerana badan sedang dalam proses pemulihan
- Kesan ubat-ubatan yang diberikan
- Jangkitan dalam perut atau pelvis
- Pendarahan dalaman - didalam perut atau rahim
Sekiranya anda berasa demam, sakit perut yang teruk, sesak nafas ataupun pitam anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.