
syiepahfyza1
5 tahun
Perut sebelah kiri sakit
Saya wanita umur 31 tahun… Saya sudah berjumpa doctor bila doctor tekan perot sy belah kiri rase sakit belah kanan tiada… Tapi doctor cakap bkn masalah ovari sbb saya ada muntah2… Kemudian dia check air kencing saya and sgt kotor dia cakp lebih protein… Apa makanan yg perlu saya makan utk hilangkan protein itu…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing kotor, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Masalah buah pinggang
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Berkenaan dengan soalan jangka masa untuk pemulihan kencing kotor ialah bergantung kepada punca berlakunya kencing kotor. Sekiranya punca dapat dikenal pasti melalui ujian air kencing dan darah, rawatan yang sesuai boleh diberi kepada anda. Biasanya doktor pakar bahagian urologi akan merawat gejala yang di alami.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang di hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih