
Sulit
5 tahun
Perut secara tiba tiba memulas dan berpanjangan
Isteri saya mengalami sakit perut seperti Cramp secara tiba-tiba tidak sering berlaku tetapi apabila sakit perut itu datang isteri saya mengadu sakit perut yang sangat lama dirasakan . Kami baru sahaja berkhawin pada bulan ogos dan sakit itu di alami pada pertengahan bulan oktober . Mohon Dr dapat memberitahu punca datang sakit tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit di perut memulas dan berpanjangan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sembelit
- Appendisitis kronik
- Penyakit keradangan pelvik
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.