
Sulit
4 tahun
Perut semakin buncit
saya wanita berumur 25 tahun.pelik bila test hcg takde ape2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, kami memerlukan lebih banyak maklumat anda untuk mengetahui mengapakah perut anda semakin buncit atau mengembang. Namun begitu, terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan mengapa anda mengalami keadaan sedemikian, seperti:
- Kehamilan; ujian HGC atau UPT perlu dilihat oleh doktor dan keputusan UPT yang negatif tidak bermaksud anda tidak mengandung
- Angin
- Ketumbuhan (ovari, rahim, usus)
- Obesiti
- Ascites; terdapat air di dalam rongga perut atau abdomen
- Pendarahan di dalam abdomen
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah tersebut. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya kesimpulan dapat dibuat dan rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan yang lebih cerah daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.