Sulit

2 tahun

Perut sentiasa sakit dan jantung berdegup laju

Salam sejahtera. Saya ada wanita berusia 33 tahun. Saya telah mengalami beberapa siri di mana jantung saya berdegup laju dan saya cuba mengawal pernafasan saya sehinggalah pada 26/09/21 yang lalu, saya tidak lagi dapat mengawalnya. Jantung saya berdegup dengan 165bpm (sehingga kebas satu badan) dan saya telah pergi ke unit kecemasan, dan selepas ujian dibuat, doctor menyatakan saya tidak mengalami sebarang masalah baik dari segi ecg, darah, xray. Doctor mengesyaki saya mungkin mempunyai penyakit tiroid dan perlu membuat ujian darah kemudian.

Masalah yang saya hadapi adalah, perut saya sangat tidak selesa. Bila makan sakit dan tidak makan pun sakit. Bila perut saya sakit, secara automatik, jantung saya akan berdegup dengan lebih kencang. Saya telah ke klinik dan doktor memberikan saya ubat untuk membuang asid, tapi sehingga kini ianya tidak hilang. Doktor menyatakan bahawa simptom tiroid berkaitan dengan sistem pencernaan jadi selagi saya tidak memperoleh ujian darah tiroid, doctor tidak dapat menyatakan jawapan.

Berat saya telah turun dari 45kg kepada 42.4kg dalam tempoh seminggu ini kerana saya telah hilang selera makan. Saya takut untuk makan kerana jika makan, perut dilanda sakit dan jika tidak makan pun sakit juga.

Saya sekarang menjadi tidak gembira. Jantung sentiasa berdenyut laju, mental tidak sihat sentiasa ketakutan, kerisauan, cemas dan perut juga sakit.

Minta penjelasan dari pihak doctor on call. Terima kasih.

Apakah masalah saya ?

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk pengetahuan anda, tiroid merupakan organ ataupun kelenjar yang terletak pada bahagian leher seseorang dan berbentuk seakan-akan rama-rama. Kelenjar tiroid ini penting dalam menghasilkan hormon tiroid. Hormon pula memberi impak serta regulasi terhadap metabolisma badan, mengawal degupan jantung, perkembangan dan pertumbuhan seseorang serta mengawal suhu badan seseorang. Bagi bayi pula, hormon ini amatlah penting bagi perkembangan otak mereka.

Hipertiroid pula merujuk kepada kondisi di mana seseorang itu mengalami hormon tirioid yang berlebihan dalam badan mereka. Hipotiroid pula sebaliknya yakni kekurangan hormon tiroid di bawah tahap normal.

Antara gejala dari hipertiroid adalah seperti berikut:

  1. Jantung berdebar (melebihi 100 degupan dalam jangka masa seminit)
  2. Masalah ritma jantung yang tidak sekata
  3. Kuat makan dan sangat berselera namun kekal kurus atau mengalami penurunan berat badan
  4. Sering berasa bedebar, resah serta mudah tersinggung
  5. Kerap dan mudah berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti lasak
  6. Tangan dan kaki bergetar atau dalam terma perubatan dikenali sebagai tremor
  7. Mengalami masalah sukar untuk tidur
  8. Perubahan dari segi pola perkumuhan iaitu kerap membuang air besar
  9. Bagi wanita pula, mereka akan mengalami perubahan dari segi kitaran haid
  10. Kurang fokus dan mengalami masalah konsentrasi
  11. Mengalami rambut yang nipis dan rapuh
  12. Mengalami penipisan kulit

Rawatan hipertiroid bergantung kepada punca sakit. Disamping itu, pengambilan diet yang betul dengan menfokuskan pengambilan sodium dan juga kalsium amatlah penting dalam mengelakkan sakit hipertiroid. Sakit hipertiroid juga boleh menyebabkan tulang pesakit rapuh dan mengakibatkan masalah osteoporosis. Oleh itu, pengambilan vitamin D dan suplemen seperti kalsium amatlah penting ketika dan setelah anda menjalani rawatan kerana ia dapat mengekalkan kekuatan tulang anda.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.

perempuan%2012

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)