
Sulit
5 tahun
Perut terasa bergerak
Saya berumur 25 tahun. Saya sering terasa seakan pergerakan di perut. Tp sy jangkakan mungin muscle spasm. Saya suda buat UPT semuanya negatif

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala terasa seperti benda bergerak didalam perut boleh disebabkan:
- Kehamilan - ujian UPT mungkin negatif kerana hormon terlalu rendah, alat rosak atau cara penggunaan salah
- Kekejangan otot perut
- Ovulasi dalam ovum
- Peristalsis (pergerakan usus perut)
- Endometriosis - sel dinding rahim yang merebak ke organ pelvis
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.