
Sulit
4 tahun
Perut terasa panas dan tidak selesa selepas makan
Saya lelaki berumur 26 tahun, dan dalam pengawalan ubat hyperthyroid dan kolestrol. Baru- baru ini perut saya terasa panas dan kurang selesa selepas makan makanan pedas. Apakah yang saya boleh lakukan? Bolehkah saya consume gaviscon untuk melegakan ketidakselesaan tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, mempunyai perut yang kurang selesa selepas makan makanan yang pedas adalah normal. Anda boleh atasinya dengan melakukan langkah-langkah berikut:
- Minum air untuk melegakan kesakitan
- Minum susu
- Mengambil madu atau apa-apa benda manis
Ini hanyalah cara mengatasi kepedasan yang biasanya dilakukan. Sekiranya sakit perut anda berlarutan walaupun telah melakukan cara-cara yang disebutkan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya masalah anda dapat diatasi.
Untuk menjawab soalan anda, kami tidak pasti sama ada produk tersebut berkesan dalam membantu melegakan masalah yang anda alami.
Alternatif lain anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Terima kasih.