
Sulit
4 tahun
Perut terasa panas dan tidak selesa
Saya wanita berumur 32tahun. Dan baru 7bulan lepas menjalani laparoscopic cholecystectomy. Skrg saya berasa panas dalam perut dan buat saya rasa tidak selesa. Adakah ini disebab kan pembedahan yg telah saya jalani atau ada penyebab yang lain. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, rasa tidak selesa pada perut boleh berlaku setelah pembedahan laparoskopi. Namun, ianya diharapkan membaik setelah 1 hingga 2 minggu setelah waktu pembedahan. Sekiranya anda masih merasakan kesakitan atau tidak selesa pada perut sehingga kini, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan susulan bagi mengenalpasti puncanya.
Terdapat juga faktor lain yang boleh menyebabkan masalah perut tidak selesa, antaranya ialah:
- Jangkitan pada usus
- keracunan makanan
- masalah lain seperti demam tifoid
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Oleh itu, sekiranya masalah ini semakin mengganggu kehidupan harian anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih