
Sulit
4 tahun
Perut terasa penuh walaupun tidak makan
Sy wnita 21 thun…sy slalu mengalami ketidakselesaan perut .prut rsa mcm byk angin mmbuatkn sy rsa knyg walaupun tdk mkn apa2 mknn…sy selalu sendawa dn dada terasa sesak mmbuatkn sy skar brnfs…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala cepat kenyang selepas makan boleh menjadi salah satu tanda penyakit seperti:
- Gastroparesis
- Kanser perut
- Radang pada perut atau usus
Untuk makluman pihak anda juga, masalah sesak nafas di mana individu mengalami kesukaran untuk bernafas, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.