Sulit
6 tahun
Pesakit berusaha untuk hamil
Dr,sy telah berkahwin selama 3thn…sy mengalami kitaran haid tak teratur,ada cyst,keputihan …2bulan lepas sy ada beli pill nk hamil…dan sy dpt pill Nercutin 5MG Tab sex hormone dan pil serupa mcm ni juga tapi fungsi dan warna nya warna oren…bole sy tahu lbh detail ttg ubat itu dr…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, pil Norcutin atau norethisterone biasanya digunakan untuk hal berikut, seperti:
- perancang kehamilan
- melambatkan haid
- mengatasi gejala-gejala terkait premenstrual syndrome (PMS)
- salah satu ubat kanser payudara
- menopause
- endometriosis
Norethisterone ini boleh memberikan kesan sampingan berupa
- spotting
- haid tak datang
- sakit kepala
- loya
- perubahan berat badan
- sakit payudara
- ruam
- bengkak tangan atau kaki
Sesetengah kesan sampingan mungkin memerlukan bantuan perubatan segera seperti:
- sesak bernafas
- sakit kepala atau migrain yang teruk
- gangguan penglihatan
- pendarahan faraj yang tidak normal dari segi kuantiti, bau, warna dan sebagainya
Beritahu doktor anda jika mana-mana kesan sampingan ini tidak hilang atau semakin teruk, atau jika anda mengalami kesan sampingan yang seperti diatas. Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak doktri di link ini (DoctorOnCall) atau ahli farmasi di link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih



































