
Sulit
5 tahun
Pesakit buah pinggang demam
Salam, apakah perlu di buat apabila pesakit buah pinggang demam ? Adakah ia berbahaya ? Saya diberitahu oleh doktor tidak boleh ambil ubat lain selain daripada yang disyorkan. So, sekarang apa perlu dibuat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan anda mengenai demam adalah subjektif. Demam bukanlah sesuatu penyakit, akan tetapi demam adalah merupakan gejala penyakit. Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor agar dapat diketahui apakah suhu tubuh anda boleh dikatakan demam atau tidak dan agar pemeriksaan dan perawatan lanjut dapat diberikan. Berbincanglah dengan doktor tentang masalah buah pinggang anda agar doktor dapat memberikan ubat yang tidak berat terhadap buah pinggang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian atau klik link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bertanyakan tentang efek ubatan terhadap buah pinggang kepada ahli farmasi kami. Terima kasih.