Sulit
4 tahun
Pesakit covid positif dengan symptom seperti demam batuk sesak nafas
saya salah seorang pesakit covid dan dalam kawalan perintah kuarantin. bolehkah majikan mengarahkan saya bekerja dari rumah walaupun saya tidak sihat kerana sympton covid seperti demam batuk sesak nafas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda boleh melakukan kerja dari rumah sekiranya gejala yang dialami tidak mengganggu anda dan juga anda tidak berinteraksi dengan orang lain secara fizikal. Tetapi sekiranya gejala yang dialami oleh anda menyebabkan anda tidak dapat melakukan kerja, anda tidak digalakkan untuk berkerja dan perlu berehat dan juga perlu berbincang dengan majikan anda mengenai hal ini.
Disebabkan anda mempunyai kesukaran bernafas, kami sarankan anda untuk menghubungi pejabat kesihatan daerah (PKD) untuk tindakan selanjutnya kerana kami bimbang keadaan anda menjadi lebih teruk. Sila pantau gejala yang dialami oleh anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































