
rnip90
5 tahun
Pesakit Diabetes boleh sembuh ke?
Hi…saya berumur 30 tahun. Pada bulan 9 tahun lepas sy didapati menghidap penyakit diabetes dan tahap gula sy 11 mmol pada pertama kali check dan 3 hari selepas itu 14 mmol. Akan tetapi sy mengambil ubat kencing manis dari doktor bersama supplement peria katak untuk mengurangkan bacaan gula saya. Pada bulan ini saya ada skip ambil ubat 3 hari dan saya cuba selama 3 kali…ketiga2 kali bacaan gula saya hanya bawah 8mmol dan pandangan sy penyakit diabetes saya semakin sembuh. Apakah saya boleh sembuh sepenuhnye dari penyakit diebetes ini sekiranya saya mencapai berat badan ideal.
Terima Kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat banyak punca kepada masalah ini. Sebagai contoh
- Antibodi badan menyerang sel pankreas yang digunakan untuk menghasilkan insulin
- Insulin tidak bertindak balas terhadap gula dalam badan
Bagi mengetahui sama ada sakit ini boleh sembuh ataupun tidak, ia bergantung kepada punca masalah kencing manis itu sendiri. namun secara amnya, maasalah ini tidak ada penawar namun boleh dikawal melalui unat-ubatan, gaya hidup dan pemakanan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.