
Sulit
4 tahun
Pesakit diabetes dan air kelapa?
Hello doctor, bolehkah pesakit minum air kelapa? Mohon penjelasan lebih lanjut. Thank you doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Air kelapa daripada sumber buah kelapa merupakan air yang selamat dan bersih untuk diminum. Mineral air kelapa adalah sama dengan sel-sel yang anda perlukan untuk kesihatan termasuk kalsium, zat besi, kalium, natrium, tembaga dan zink.Air kelapa mempunyai indeks glisemik rendah, rendah karbohidrat, serat yang tinggi dan protein.
Namun begitu, bagi pesakit diabetes, disarankan dapatkan nasihat doktor yang merawat terlebih dahulu sebelum ingin meminum air kelapa kerana perlu mengetahui paras gula dalam badan adakah dibolehkan atau tidak. Hal ini kerana dikhuatirii akan meningkatkan paras gula dalam badan sekaligus mengundang risiko yang lebih teruk kepada pesakit.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih