
bibihlee21
5 tahun
Pesakit jantung berlubang
hai.saya noor san berumur 25 tahun.saya seorang pesakit jantung berlubang dan telah membuat pembedahan semasa berumur 8 bulan di IJN KL.soalan saya,selepas dari pembedahan itu,saya tidak lagi mempunyai sebarang follow up mahupun appointment untuk berjumpa doktor pakar.akan tetapi dari saya sekolah sehingga sekarang,saya sering di serang dengan sakit jantung berdebar dengan laju,sesak nafas,sakit kepala yang melampau,sakit dada dan sebagainya.apabila saya mendapat rawatan dari jospital kerajaan mahupun klinik,mereka mengatakan jantung saya dalam keadaan baik dan seterusnya saya menjalani kehidupan seperti biasa.selepas itu ,selang beberapa hari akan ada salah satu penyakit yang akan datang kepada sya.apakah pendapat doktor tentang penyakit yang saya alami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, adalah sukar bagi kami untuk memberikan jawapan kepada soalan anda kerana kami tidak mempunyai maklumat lengkap tentang sejarah perubatan anda. Maklumat lanjut dan pemeriksaan biasanya diperlukan sebelum kesimpulan dibuat. Doktor yang telah merawat anda biasanya lebih arif tentang keadaan anda ini.
Sekiranya gejala yang anda alami berlarutan, sila rujuk kepada doktor kembali atau hubungi kami dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.