
Sulit
3 tahun
Pesakit kanser testiculer tahap 4
Boleh saya bertanya…adakah pesakit kanser seperti saya boleh buat rawatan bekam…jika tidak memudaratkan saya ingin melakukan rawatan bekam

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, rawatam bekam boleh menyebabkan pendarahan, tidak semestinya sesuai untuk setiap individu. Sekiranya anda menjalani kemoterapi atau mempunyai kecenderungan pendarahan yang tinggi, rawatan bekam adalah tidak dibenarkan sebab darah anda mungkin tidak dapat membeku dengan betul, menyebabkan kurang darah.
Oleh itu, sebaiknya anda merujukkan perkara ini kepada doktor anda dahulu, dapatkan maklumat mengenai rancangan rawatan anda dan keadaan tubuh anda. Sekiranya anda mendapat kebenaran doktor anda, mungkin anda boleh melakukan rawatan bekam.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.