
Sulit
4 tahun
Pesakit kelamin hsv tahap 2
Sy seorang lelaki umu40. Sebelum ni sy ambil ubat hsv tahap 2 tapi tidak berkesan. Boleh tak saya dapatkan ubat yg berkesan. Supaya sakit tidak berulang. Tq Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang penyakit kelamin hsv.
Untuk makluman anda, ubat yang and ingini memerlukan preskripsi doktor dan pemeriksaan terlebih dahulu. Saya tidak boleh sewenang wenangnya memberikan ubat kepada anda tanpa pemeriksaan fizikal. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk merujuk kembali masalah anda kepada doktor yang merawat anda.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.