
Sulit
3 tahun
Pesakit tibi yang batuk berkahak
Saya wanita berumur 34 tahun dan baru disahkan mengidap penyakit tibi.saya batuk teruk pada waktu subuh dan menjelang malam.rasa gatal pada kerongkong membuatkan saya batuk dengan teruk dan hampir termuntah.masa saya buang kahak,masih terasa ada benda menyangkut dan tersekat di kerongkong.apakah benda yang tersangkut kat kerongkong sehingga sukar nak hilang?adakah kerongkong saya bengkak?mohon keterangan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Jangkitan kuman atau virus
- Postnasal drip
- Tonsilitis
- GERD (Asid refluks)
- Kesan sampingan ubat
- Merokok
Walaubagaimanapun, memandangkan anda sudah disahkan menghidapi penyakit tibi, ianya adalah terbaik jika anda berundung dengan doktor supaya gejala tersebut tidak mengundang penyakit yang lebih serius. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.