
Sulit
4 tahun
Pharmaniaga Simvastatin vs Simvor
Saya lelaki 40 tahun on medication statin kerana kolesterol tinggi. Selama ini saya menggunakan Pharmaniaga Simvastatin 10mg tanpa side effect, saya tukar kepada Simvor kerana kehabisan Pharmaniaga tetapi ada side effect sakit otot, keradangan gusi. So saya rasa nak stop Simvor dan kembali kepada Pharmaniaga Simvastatin, takde masalah kan? Satu lagi boleh Dr terangkan pasal Crestor? Terima kasih

4 tahun
Terima kasih atas soalan berikut,
Sebaiknya, anda berbincang dengan doktor dan pakar farmasi jika ingin bertukar kepada ubat lain untuk berbincang berkenaan dengan kesan sampingan yang sedang anda hadapi.
Crestor tergolong dalam dengan kumpulan ubat yang digelar statin. Jika anda diberi preskripsi Crestor, anda mungkin mempunyai aras kolesterol yang tinggi. Ini bermakna anda menghadapi risiko mendapat serangan jantung atau strok (angin ahmar).
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.