Sulit
5 tahun
Pil elak kehamilan selepas seminggu bersama
Hai doc. Saya berumur 23 tahun dan saya telah melakukan hubungan seks dengan teman lelaki saya tanpa perlindungan. Walaupun pancut luar, saya berasa was² kerana adanya pre-cum dan hubungan intim tersebut berlaku selepas 3 hari habis period. Kami melakukan hubungan pada 19/1 dan sekarang 21/1, saya tidak mengambil apa² pil perancang lagi. Boleh doktor sarankan apa² pil untuk elak kehamilan selepas seminggu bersama? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, jika hubungan seksual dengan pancutan di luar berlaku, terdapat 4% kehamilan. Risiko tersebut amat rendah sekali.
Selepas seminggu tiada pilihan pil kecemasan selepas seminggu. Namun, jika anda merancang kehamilan pada masa akan datang, anda disarankan:
- tidak melakukan hubungan seksual
- kondom
- pil perancang
- suntikan depo
- suntikan implanon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.


































