
Sulit
3 tahun
Pil ella dan haid lambat
Kakak saya (berumur 20tahun) telah mengambil pil ella setelah berhubungan seksual , dia ambil pada tarikh 14/6 pada tarikh yang sama dia berbuat sedemikian ( di apps period tracker belum masuk fertility window - low chance of pregnancy ), tetapi sehingga kini, dia masih belum datang haid dan telah lewat selama 4hari. sepatutnya kakak saya haid pada 4/7 tetapi masih belum datang. Adakah dia berisiko untuk mengandung walaupun dia telah consume pil ella sejam selepas berbuat demikian? adakah pil ella memang melambatkan haid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, pil Ella adalah sejenis pil perancang kecemasan. Pil ini adalah efektif sekiranya ia diambil 5 hari dari tarikh selepas hubungan seksual tanpa pelindung. Haid lewat merupakan antara kesan sampingan pil ini. Namun, sekiranya haid lewat melebihi 3 minggu, sila rujuk kepada doktor kerana ada kemungkinan untuk hamil.
Kesan sampingan lain yang boleh dilihat dengan penggunaan pil ini ialah :
- Sakit kepala
- Loya
- Sakit perut
- Pening
- Keletihan
Pil Ella tidak boleh digunakan dengan kerap kerana ia hanya berfungsi sebagai perancang kecemasan. Sekiranya, anda mengadakan hubungan seksual dengan kerap, sila gunakan kaedah perancang yang betul atas nasihat doktor.
Anda boleh berhubung dengan doktor sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.