
Sulit
3 tahun
Pil ella dan haid lewat
Kakak saya (berumur 20tahun) telah mengambil pil ella setelah berhubungan seksual , dia ambil pada tarikh 14/6 pada tarikh yang sama dia berbuat sedemikian ( di apps period tracker belum masuk fertility window - low chance of pregnancy ), tetapi sehingga kini, dia masih belum datang haid dan telah lewat selama 4hari. sepatutnya kakak saya haid pada 4/7 tetapi masih belum datang. Adakah dia berisiko untuk mengandung walaupun dia telah consume pil ella sejam selepas berbuat demikian? adakah pil ella memang melambatkan haid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, pil Ella adalah salah satu pil perancang kecemasan yang boleh diambil dalam 5 hari selepas mengadakan hubungan kelamin tanpa perlindungan. Masalah haid lewat yang kakak anda alami boleh disebabkan oleh kesan sampingan pil tersebut. Sekiranya, haid terlewat sehingga 3 minggu, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor kerana ada kemungkinan untuk hamil.
Selain itu, kesan sampingan yang biasa dilihat dengan penggunaan pil Ella termasuklah :
- tompokan darah (spotting)
- Sakit kepala
- Senggugut
- Pening
- Sakit perut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami secara atas talian.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.