
mrbroga
5 tahun
Pil escapelle dan menyusu
Saya baru makn pill ini, dan sy masih ibu menyusu. Berapa jam saya perlu rehat dari menyusu anak sy setelah sy makan pill escapelle ini… Tq…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebaiknya anda tidak menyusukan sewaktu pengambilan escapelle memandangkan tidak diketahui apakah kandungan ubat akan masuk ke dalam air susu.
Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih