
Sulit
4 tahun
Pil Glutathione Ganggu atak Perancang Keluarga
Dr,
Tumpang bertanya. Saya seorang yang consume dengan pil perancang yasmin.Bolehke sy mengambil pil glutathione untuk merawat kecantikan kulit dari dalam? Tq.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Penggunaan pil perancang Yasmin adalah bertujuan samada untuk mencegah kehamilan ataupun mengawal kitaran haid supaya lebih teratur. Untuk makluman anda, setakat ini mengikut kajian klinikal, ubat seperti antibiotik, ubat sawan, ubat tibi mengganggu kandungan pil tersebut dalam wanita. Ubat yang anda ingin ambil tidak mempunyai kajian klinikal yang sah. Maka, oleh sebab itu, tidak disarankan untuk diambil.
Sekiranya masalah ini berlanjutan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.