
Sulit
4 tahun
Pil Keguguran untuk Keguguran Janin Yang Berusia 2 Bulan
Pada tahun 2019 saya telah mengandung dengan kandungan yang berusia 2 bulan dan saya telah membuat keputusan untuk menggugurkan kandungan tersebut dengan membeli pil keguguran yang dijual di internet. Setelah saya membeli dan makan pil tersebut. Saya mengalami cirit birit dan pendarahan yang banyak. Saya telah terbaca di laman sosial mengatakan jika makan pil tersebut. Boleh menyebabkan mandul dan susah untuk mengandung. Tujuan saya disini adalah untuk mengetahui dengan jelas samaada peluang unt saya mengandung semula adalah tipis ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, pil ini boleh menyebabkan keguguran bagi ibu hamil. Pil ini juga adalah ubat yang diharamkan pengambilannya terutamanya jika diambil tanpa nasihat doktor.
Kesan pengambilan pil ini biasanya adalah keguguran kehamilan. Sekiranya tidak gugur, bayi dalam kandungan boleh mengalami masalah kecacatan atau masalah kesihatan yang sangat serius. Selain itu, pengguguran yang dilakukan tanpa pengawasan doktor atau atas sebab yang kukuh, boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti pendarahan selepas bersalin, jangkitan kuman dan boleh membawa maut.
Sila elakkan pengambilan dan penggunaan pil ini dan dapatkan nasihat doktor tentang sebarang ubat-ubatan sekiranya hamil. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.