
Sulit
5 tahun
Pil Kesuburan (Clomid 100mg)
Saya sdh berkahwin selama hampir 2 tahun… Skrg sy tgh ambil clomid 100mg utk 5hari bermula haid hari ke4-8… Hari pertama sy ambil pukul10.00 malam dan hari kedua sy terlupa dan terus ambil pada pukul10.30 mlm… Adakah kelewatan sy mengambil dalam masa yg sepatutnya itu memberi kesan kpd Pengambilan clomid tersebut? Dr tidak mention ttg masa pengambilan tp sy bnyk baca kt blog2… Terimakasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Kami memerlukan maklumat lanjut seperti corak kitaran haid anda and tarikah haid terakhir sebelum memberi nasihat. Prinsip pil perancang adalah seperti berikut:
- Jika lewat 12 jam memakan pil, pil masih berkesan untuk mencegah hamil. Makan pil tersebut sebaik sahaja ingat dan pil seterusnya harus dimakan pada waktu yang biasa.
- Jika lewat melebihi 12 jam, keberkesanan pil mungkin berkurang. Sekiranya tablet lupa diambil secara berturut-turut, risiko hamil menjadi semakin tinggi.
- Jika lebih dari satu pil lupa dimakan, anda dinasihati supaya berjumpa dengan doktor.
- Jika satu pil pada minggu 1 lupa dimakan, makan pil yang dilupakan sebaik sahaja teringat dan jika perlu, makan 2 tablet sekali gus. Untuk 7 hari selepas itu gunakanlah kondom atau kaedah tambahan untuk mencegah kehamilan.
- Jika satu pil pada minggu 2 lupa dimakan ,makan pil yang dilupakan tersebut sebaik sahaja teringat. Anda tidak perlu menggunakan kaedah tambahan kerana keberkesana pil masih sama.
- Jika satu pil pada minggu 3 lupa dimakan ,anda boleh makan pil yang dilupakan tersebut segera. Selepas habis papan pil ini, janganlah mengambil 7 hari rehat tetapi sebaliknya mulakan papan pil perancang yang baru. Justeru itu, anda tidak akan mengalami haid pada bulan tersebut.
- Sekiranya anda mengalami sakit muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk dalam masa 3-4 jam selepas makan pil perancang ini, anda haruslah menggunakan kaedah pencegahan kehamilan tambahan ataupun ikuti nasihat di atas.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.