Sulit

3 tahun

Pil mercilon..bru nak start

Kalau bru nak start mkn perancang perlu tunggu period atau mkan sja…s3bab bru nak mulakan pil perancang…sebelum nie tak pernah mkn pil…

Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan anda. Berdasarkan soalan anda, saya difahamkan bahawa anda mengambil pil perancang. Pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan anda. Soalan puan memang baik sekali kerana perancangan keluarga merupakan salah satu aspek yang penting untuk dipertimbangkan selepas berkahwin. Untuk menjawab soalan puan, pil perancang Mercilon ini merupakan salah satu jenis teknik pencegahan hamil yang popular dan amat berkesan. Suami puan tidak perlu menggunakan kondom apabila menjalinkan hubungan dengan suami, dengan syarat kedua-dua pihak tidak mempunyai sebarang penyakit kelamin, kerana statistik kegagalan fungsi pil adalah pada 5% hingga 8% akibat daripada tidak mengambil pil tepat pada waktu atau berhenti pengambilan pil untuk terlalu lama. Pil ini biasanya adalah efektif jika diambil secara berdisiplin. Namun begitu masih ada kemungkinan untuk hamil dalam kes-kes terpencil. Pil ini biasanya adalah selamat untuk digunakan, namun puan perlulah mengetahui beberapa kesan sampingan yang boleh terjadi. Rujuk pek bagi mengetahui cara pengambilan dan patuhi arahan yang diberikan.

Cara mengambil pil Mercilon adalah seperti berikut:

  • Satu papan pil ini mengandungi 21 biji tablet dan terdapat tanda hari pada setiap tablet, iaitu hari tablet harus dimakan. Tablet ini haruslah dimakan setiap hari pada waktu yang sama mengikut arah anak panah yang tertera pada papan Mercilon.
  • Selepas habis makan semua 21 biji tablet, janganlah membuka pek yang baru terdahulu selama 7 hari. Dalam masa 7 hari tiada pengambilan pil ini, anda mungkin mengalami haid atau pendarahan. Walaupun tiada pengambilan Mercilon dalam 7 hari ini, anda masih dilindungi daripada kehamilan. Meskipun haid masih berterusan, anda haruslah memulakan pengambilan pek Mercilon yang baru pada hari ke-8.
  • Biasanya, lebih baik untuk mula mengambil pil Mercilon pada hari pertama datang haid kerana anda akan dilindungi daripada kehamilan serta-merta. Sekiranya anda mula mengambil pil Mercilon pada masa yang lain dalam kitaran haid anda, untuk 7 hari pertama makan pil ini anda masih perlu menggunakan kontrasepsi yang lain seperti kondom sementara menunggu pil ini bertindak.

Sebelum memulakan sebarang kaedah perancang keluarga, saya sarankan anda untuk bertemu dengan doktor untuk membincangkan kaedah yang paling sesuai dan efektif untuk anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)