
Sulit
4 tahun
Pil ova mit dan masa terbaik untuk diambil
Saya mempunyai masalah priod x tratur … Dan dah 4thun cuba mndapat kan zuriat…saya ingin tahu masa pengambilan pil ova-mit yang betul dan ada tak kesan sampingan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, pil yang anda nyatakan perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor. Cara pengambilan ubat ini hanya untuk penggunaan oral sahaja. Telan ubat ini secara keseluruhan dengan air. Tidak digalakkan mengunyah, menghancurkan atau memecahkannya. Lebih baik minum ubat ini pada waktu yang tetap setiap hari jika memerlukan untuk penggunaan setiap hari.
Kesan sampingan kesemua ubat adalah berbeza tiap individu. Kesan sampingan yang boleh berlaku seperti Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS), gangguan penglihatan, mual dan pening. Namun, tidak semua orang mengalaminya. Sekali lagi, ia bergantung kepada tiap individu.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda memerlukan nasihat selanjutnya? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!