
mlara1672
5 tahun
Pil pencegah hamil postinor
Isteri saya makan pil postinor sebelum 24 jam selepas hubungan sex dan 12 jam kemudian mengambil pil kedua. Adakah berkesan jika selepas 2 minggu memgambil pil ini haid tidak datang lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Postinor-2 adalah sejenis pil perancang kecemasan yang berfungsi mencegah kehamilan dengan cara melambatkan ovulasi. Antara kesan sampingan penggunaan Postinor adalah seperti mual, muntah, perubahan kitaran haid, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Pil postinor berfungsi secara efektif sebanyak 99% untuk mencegah kehamilan sekiranya anda mengambilnya dengan betul iaitu dalam masa 72 jam pil pertama diambil dan pil kedua diambil selepas 12 jam pil pertama diambil.
Justeru, terdapat kemungkinan bahawa haid tidak datang adalah akibat kesan ubat. Namun, seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.