
Sulit
2 tahun
Pil peraancang (mercilon)
saya bersama suami malam tetapi terlupa makan pil perancang esoknya pagi2 saya terus makan pil . adkah risiko saya mengandung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pil perancang mercilon adalah pil perancang gabungan yang perlu diambil setiap hari. Sekiranya anda terlupa mengambil pil sila ambil pil tersebut bersama pil seterusnya. Risiko kehamilan dengan pil perancang kehamilan adalah rendah, namun jika anda mengambilnya dengan tidak teratur, risiko kehamilan boleh berlaku.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih