
Sulit
5 tahun
Pil perancang belum habis tapi dah period
Saya berumur 32 tahun… Masalah sy pil perancng ada lagi 7 biji tapi hari ini sy dah period…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala yang anda alami ini mungkin merupakan kesan sampingan pil perancang melihatkan anda telah mengambilnya dengan jangka masa yang panjang. Antara kesan sampingan pil perancang adalah seperti:
- Haid/Pendarahan yang tidak teratur
- Loya
- Sakit payudara
- Berat badan bertambah
- Sakit kepala
- Gangguan emosi
Anda disarankan untuk terus mengambil pil perancang tersebut seperti biasa. Hapiskan pek tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.