Sulit
4 tahun
Pil perancang bolehkah makan dua hari awal selepas period
Salam sejahtera doktor. Saya wanita 29tahun. Saya mengambil pil perancang jenis nordette 21hari. Saya terlewat makan 2hari selepas period lepas dan telah habiskan semua pil. Dan selepas 7 hari saya period. Adakah boleh saya ambil pil dua hari lebih awal selepas period berbanding biasa? Sebab pil mula hari ahad. Minta doktor jelaskan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, pil perancang Nordette adalah sejenis jenama pil perancang yang mengandungi levonorgestrel dan ethinylestradiol. Untuk makluman anda, sekiranya anda terlupa untuk mengambil pil perancang tersebut, lebih dari 12 jam, atau jika dua atau lebih tablet terlupa dimakan, perlindungan kontraseptif mungkin akan berkurang. Tablet yang terlupa harus diambil sebaik sahaja diingat, yang boleh menyebabkan kebanyakan pengguna mengambil dua tablet pada hari yang sama. Tablet berikutnya harus diambil pada waktu biasa. Kaedah kontraseptif tambahan seperti pemakaian kondom sewaktu berhubungan seksual mesti digunakan selama 7 hari ke depan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Saya nasihatkan anda untuk berhubung secara lansung dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih



































