ainrozilah
5 tahun
Pil perancang dan keberkesanan jika terpancut dalam
Saya berumur 33tahun, konsisten mengambil pil perancang , mengikut tarikh kesuburan, suami telah memancut air mani ke dlm faraj dan tarikh itu adalah tarikh subur, soalan saya adakah pil perancang yg di ambil, boleh mencegah kehamilan, jika terjadi pancutan ke dalam tidak kira waktu subur atau tidak? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, kebarangkalian puan untuk hamil semasa menggunakan pil perancang adalah 9%. Hal ini kerana pil perancang kehamilan mempunyai keberkesanan sebanyak 91%. Sebagai gambaran, 9 daripada 100 wanita boleh hamil walaupun menggunakan pil perancang kehamilan apabila melakukan seks tanpa perlindungan seperti kondom.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































