
Sulit
4 tahun
Pil perancang dan tidak datang bulan
Saya tidak makan pil peracang selepas bersama suami ade kah saya boleh mengandung ye.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kemungkinan untuk hamil sentiasa ada sekiranya anda tidak menggunakan sebarang kaedah perancangan keluarga. Ini termasuk:
- Pil perancang
- Suntikan perancang
- Implan perancang
- IUCD
- Kondom
Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil ujian kehamilan sekiranya haid lewat selama 2 minggu. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.