
Sulit
4 tahun
Pil perancang desolon
saya makan pil perancang desolon.akan berhenti 7hari selepas makan 21 hari. dalam masa 7hari jika saya bersama adakah saya akan hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini.
Untuk makluman anda, semasa tempoh berhenti 7 hari semasa pengambilan pil tersebut, anda boleh melakukan hubungan seksual pada bila-bila masa iaitu ketika minggu ketika anda tidak mengambil pil atau mengambil pil plasebo. Risiko untuk hamil adalah rendah. Selagi anda memakan pil setiap hari dan memulakan pil anda tepat pada waktunya, anda dilindungi dari kehamilan walaupun selama tempoh seminggu tersebut.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih