
Sulit
5 tahun
Pil perancang Ella dan Haid
Saya belum datang haid dan telah dapatkan nasihat ahli farmasi untuk ambil pil perancang Ella setelah bersetubuh tanpa lindungan.
Adakan ia akan berkesan untuk tidak hamil dan melambatkan haid saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pil perancang Ella adalah kontrasepsi kecemasan yang digunakan untuk pencegahan kehamilan setelah hubungan seks tidak dilindungi. Ella tidak bertujuan untuk kegunaan rutin sebagai kontraseptif.
Cara pemakaian Ella adalah makan secepat mungkin dalam tempoh 120 jam (5 hari) selepas hubungan tidak dilindungi. Ella boleh diambil pada bila-bila masa semasa kitaran haid. Sekiranya anda mengambil pil ini sesuai aturan, ia didapati berkesan mencegah kehamilan sehingga hampir 98%.
Merujuk kepada kitaran haid anda, sebetulnya selepas pengambilan pil Ella, kadang-kadang haid boleh jadi datang lebih awal atau lebih lambat daripada biasanya selama beberapa hari.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.