
Sulit
4 tahun
Pil perancang hamil
Di mna saya bole dapatkan ubat ini ? Ubat perancang kecemasan .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, pil yang anda nyatakan adalah sejenis pil perancang kecemasan. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam setelah hubungan seks tanpa perlindungan. Anda akan tahu ia telah berkesan apabila anda mendapat haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal. Ubat ini boleh didapati dimana-mana farmasi berdekatan. Dapatkan maklumat penggunaan mengenai pengambilan ubat ini melalui ahli farmasi anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih