
cadeecasey
5 tahun
Pil perancang jasmin
Saya punyai period yang tidak teratur, dalam sebulan period datang sehari atau tidak datang langsung. Saya pertama kali makan pil perancang jasmin & telah habis 21hari pada 2 hari yang lalu. Sekarang berbaki 5 hari rehat makan pil tersebut, tapi dalam masa rehat ini saya tidak datang period. Soalan saya :
- Bolehkah saya melakukan hubungan seksual dalam masa 7 hari rehat ini jika tiada period?
- Walaupun tiada period selepas 7 hari rehat, boleh saya teruskan ambil pil perancang pada hari ke 8 & makan seperti biasa selama 21hari rehat 7hari selepas itu?
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Menjawab pertanyaan anda:
- Boleh melakukan hubungan seksual. Efek protektif hormon dalam mencegah kehamilan masih beregulasi dalam tubuh walaupun sewaktu rehat.
- Ya. SIlakan untuk mulakan pil kitaran kedua pada hari ke-8 iaitu setelah rehat selama 7 hari.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.