
Anonymous
6 tahun
Pil perancang kecemasan postinor2
Adakah saya perlu makan dahulu sebelum mengambil pil postinor?

6 tahun
Terima kasih menggunakan perkhidmatan ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan soalan Puan, pil Postinor 2 ini adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Ia tidak selalu membahayakan dan mempunyai kesan sampingan tetapi amat jarang sekali ia memberi kesan pada wanita.
Namun, jika terlalu kerap dalam mengambil Postinor 2, ia akan menggangu kitaran haid Puan. Bagi wanita yang kerap melakukan hubungan seksual, dinasihatkan untuk mengambil alat pencegah hamil seperti IUD atau suntikan perancang hormon selain daripada pil perancang bagi mencegah hamil untuk jangka masa yang panjang.
Kenaikan berat badan bukanlah salah satu kesan sampingan bagi pil Postinor 2, maka Puan tidak perlu risau berkenaannya. Harus diingatkan bahawa anda harus mengambilnya sebaik sahaja selepas bersetubuh dalam masa 72 jam untuk tablet pertama dan 12 jam selepasnya untuk tablet kedua.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian tentang sebarang kerunsingan atau persoalan. Terima kasih.