wani_nordin74
4 tahun
Pil Perancang Kehamilan diambil bersama ubatan lain
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Doktor,
Saya Wani. Saya berusia 26 tahun dan pernah berkahwin. Pada Isnin (25/11/2019) yg lalu, ketika di pejabat saya telah mengalami sakit perut yg teruk. Kemudian saya telah ke klinik kesihatan dan mereka telah memberi saya paracetamol berserta ubat selsema. Mereka juga telah beri saya pil perancang kehamilan bagi tujuan menstabilkan hormon. Saya demam secara ‘on off’ beberapa hari sehingga hari Jumaat (29/11/2019). Saya pergi semula ke klinik kesihatan utk melakukan pemeriksaan dan doktor mengatakan bahawa saya dijangkiti kuman dan tidak memaklumkan lebih lanjut berkenaan perkara tersebut.
Saya kerap muntah, sakit kepala dan badan sekejap sejuk sekejap panas dan menggigil pada waktu malam.
Soalan saya, adakah itu kesan sampingan daripada pengambilan pil perancang kehamilan? Bolehkah saya mengambil pil perancang kehamilan bersama ubat-ubatan seperti paracetamol, ubat selsema dan ubat batuk?
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Memandangkan anda tidak menjelaskan pil perancang apa yang diambil, sukar untuk ditentukan interaksi ubat tersebut dengan ubat-ubat lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.