
Sulit
5 tahun
Pil perancang keluarga belara
hai doc sy berumur 32 tahun,sy ade buat ujian hamil dlm 2,3 kali hasil menunjuk kan positf tp masih samar,last period 31/7 kemudian dtg period 12/9 ade test upt masih double smpai 29/9 kemudian sy pergi scan doc ckp sy x pregnant tp rahim sy ade bengkak dan doc ckp sy mengalaman endo thick,kemudian doc bekal kan sy ubat hormon,tp bile sy mkn ,sy mngalami pening,loya dan mcm nk pitam,adekah ubat hormon ni tak sesuai untuk sy ya doc jenama pil tu BELARA tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, BELARA ialah pil perancang yang boleh memberi kesan seperti berikut:
- Loya, pening
- Emosi tidak stabil
- Sakit kepala
- kurang nafsu
- darah beku
Bagi mengelakkan gejala seperti loya dan pening, kebiasaannya doktor akan menasihatkan agar anda mengambil ubat tersebut sebelum tidur kerana ketika tidur, kesan sampingan tersebut kebiasaannya tidak akan anda sedari.
Sekiranya anda masih mengalami kesan sampingan tersebut walaupun langkah diatas telah dilaksanakan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat tentang jenis pil hormon lain dari doktor.
Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.