
Sulit
4 tahun
Pil perancang kluarga
Saya berusia 23 tahun dan baru saya melahirkan anak pada bulan 3 tahun nie. Saya tidak mengambil apa2 perancang atas sebab saya dan suami berjauhan dan hanya berjumpa sebulan sekali. Soalan saya ada tak pill perancang yg makan hanya bila perlu sahaja. Contoh bila suami balik baru saya makan pil tersebutt. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh menggunakan beberapa kaedah untuk tujuan perancangan keluarga:
- Pil perancang kecemasan-harus dimakan dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan
- Kondom
- IUCD- boleh digunakan untuk 3-10 tahun, bergantung kepada jenis. Anda boleh menyuruh doktor mengeluarkannya apabila ingin mengandung.
- Suntikan perancang-anda harus mengambil suntikan setiap 3 bulan
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.