
Sulit
5 tahun
Pil perancang @ kondom?
Wife saya meminta saya memakai kondom jika ingin bersama kerana dia tidak lagi mahu mengambil pil perancang.Wife saya sudah mengambil pil perancang scara berterusan selama 6 tahun…adakah cara lain selain mengambil pil perancang dan memakai kondom untuk mencegah kehamilan? Ada x pil perancang yang selamat untuk di ambil secara berterusan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kondom merupakan sejenis cara merancang yang boleh mengelakkan kehamilan dengan 98 peratus jika kondom dalam keadaan sempurna. Ia juga boleh mengelakkan anda dan pasangan daripada berjangkit dengan penyakit kelamin.
Untuk cara perancang bagi jangka masa lebih panjang, anda boleh membawa isteri anda ke mana-mana klinik kesihatan, mereka akan menjelas dengan lebih terperinci tentang jenis perancangan keluarga. Terdapat satu jenis adalah IUCD (Intrauterine contraceptive device) di mana peralatan kecil akan dimasukkan ke dalam rahim untuk mengelakkan persenyawaan. Kaedah ini boleh bertahan selama tiga tahun. Terdapat juga satu kaedah yang boleh mengambil suntikan setiap tiga bulan untuk melindungi daripada kehamilan. Anda juga boleh baca di sini tentang cara yang lain.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.