
Anonymous
5 tahun
Pil perancang mana lagi berkesan
Saya telah melakukan hubungan intim dan terlupa makan ubat perancang, yang mana lebih saya ambil? Pil perancang yasmin atau postinor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan sekiranya anda telah melakukan hubungan intim tanpa perlindungan dan sekiranya anda tidak bercadang untuk hamil, anda mempunyai pilihan untuk mengambil postinor 2 dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seks. Namun, anda seharusnya berjumpa dengan doktor atau farmasi bagi mendapatkan nasihat serta ubat yang bersesuaian dengan anda sekiranya anda tidak pasti akan pengambilan ubat anda kerana maklumat tambahan masih diperlukan. Sekian.