
ikazaini89
5 tahun
Pil perancang mercilon
saya ika berumur 30tahun. saya ingin bertanya mengenai pil perancang. sekarang saya ambil pil yasmin dan kerana kos yang agak tinggi juga risaukan akan kenaikan badan. saya ingin bertukar ke pil mercilon? adakan menjadi masalah jika saya tukar selepas kitaran period bulan ini.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pengambilan pil Mercilon adalah lebih baik pada hari pertama datang haid selepas tamat pengambilan pil Yasmin. Hal ini kerana anda akan dilindungi daripada kehamilan serta-merta. Sekiranya anda mula mengambil pil Mercilon pada masa yang lain dalam kitaran haid anda, untuk 7 hari pertama anda makan pil ini anda masih perlu menggunakan kontrasepsi yang lain seperti kondom sementara menunggu pil ini bertindak.