Sulit
2 tahun
Pil perancang noriday pendarahan tak teratur
Saya ambik pil perancang iaitu noriday dan skrg ni darah saya x berhenti ii dari 15/8-31/8 sebelum ni ade juga sekali tapi tk berpanjangan mcm yang sye alami ni saya agak takut Lh mcm mne yer doktor adakah saya perlu amalkan noriday atau pun stop mkn
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih keran mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh penggunaan ubat perancang, namun ia bukanlah sesuatu perkara yang biasa dilihat dengan penggunaan pil perancang. Kemungkinan masalah anda boleh disebabkan oleh faktor lain seperti :
- Fibroid
- Polip rahim
- PCOS
- Ketumbuhan dalam rahim atau serviks
- Masalah tiroid
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor kerana haid yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko anemia (kekurangan darah).
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.