Anonymous
6 tahun
Pil perancang noriday-selamat utk bayi?
Saya tertinggal satu dos noriday dan teringat hanya 24 jam selepas itu (iaitu pada masa yang saya sepatutnya makan). Adakah boleh saya makan 2 pil serentak? Adakah ia selamat utk bayi saya yang sedang menyusu badan (breastfeeding)?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berikut adalah tips menggunakan pil perancang:
- Jika anda terlupa mengambil pil pada waktu biasa anda, makan terus sebaik sahaja anda ingat. (Jika anda terlepas lebih daripada satu pil, hanya makan pil terakhir yang anda terlepas.) Ambil pil seterusnya pada masa yang biasa anda makan.
- Sekiranya anda terlupa makan kurang dari 3 jam, anda masih dilindungi dan tidak perlu menggunakan kontrasepsi tambahan.
- Jika lebih daripada 3 jam makan pil, anda tidak akan dilindungi daripada kehamilan. Anda dinasihatkan tidak melakukan hubungan seks atau anda perlu menggunakan kaedah kontrasepsi tambahan (contohnya kondom) untuk dua hari akan datang, dan mesti terus mengambil pil anda seperti biasa.
Noriday ialah pil perancangan yang selamat dan boleh diambil oleh kebanyakan wanita. Pil ini selama digunakan oleh wanita yang menyusu badan juga. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kontraindikasi untuk ubat ini.
Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang pil perancang kehamilan. Terima kasih.



































